1 Amsal-amsal Raja Salomo raja Israel, iaitu putera Raja Daud.
2 Amsal yang berikut akan menolong kamu mengenal hikmat dan nasihat yang baik, serta memahami ungkapan yang dalam maknanya.
3 Amsal ini mengajar kamu hidup dengan bijaksana, jujur, adil, dan tidak berat sebelah.
4 Amsal ini dapat mengajar orang yang tidak berpengalaman supaya berfikiran tajam, dan mengajar orang muda menjadi pandai dan bijaksana.
5 Amsal ini dapat menambah pengetahuan orang bijaksana dan dapat membimbing orang terpelajar.
6 Dengan demikian mereka dapat memahami makna yang tersirat dalam amsal, kata-kata, dan soalan yang dikemukakan oleh orang bijaksana.