3 Orang yang berhati-hati dengan kata-katanya, melindungi diri sendiri. Orang yang bercakap sembarangan, membinasakan dirinya.
4 Orang malas yang banyak keinginan, tidak akan mencapainya. Orang rajin akan mendapat apa sahaja yang diingini mereka.
5 Orang jujur membenci dusta, tetapi kata-kata orang jahat memalukan dan membawa aib.
6 Kejujuran melindungi orang yang tidak bersalah, tetapi kejahatan mencelakakan orang yang berdosa.
7 Ada orang berpura-pura kaya, padahal tidak memiliki apa-apa. Ada pula orang berpura-pura miskin, padahal kaya raya.
8 Orang kaya terpaksa menebus nyawa dengan kekayaan, tetapi orang miskin bebas daripada ancaman.
9 Orang salih bagaikan pelita yang terang, tetapi orang jahat bagaikan pelita yang hampir padam.