20 Orang yang suka mendengar nasihat dan mahu belajar akan menjadi bijaksana kelak.
21 Manusia mempunyai banyak rancangan, tetapi hanya kehendak TUHAN akan terlaksana.
22 Ketamakan merupakan keaiban; lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi pembohong.
23 Hormatilah TUHAN, maka kamu akan panjang umur. Kamu akan puas hati dan bebas daripada bahaya.
24 Ada orang begitu malas sehingga tidak mahu makan sendiri.
25 Kalau orang sombong dihukum, orang yang bodoh mendapat pelajaran. Kalau orang yang bijak ditegur, dia menjadi lebih bijak.
26 Hanya anak yang memalukan dan tercela akan menganiaya bapanya dan mengusir ibunya.