11 Orang yang tulus hatinya dan halus pertuturannya akan menjadi sahabat raja.
12 TUHAN memastikan bahawa kebenaran terpelihara dengan membongkar kebohongan pendusta.
13 Orang malas tidak suka keluar dari rumah. Dia berkata bahawa dia akan diterkam singa jika dia keluar.
14 Rayuan perempuan jalang merupakan lubang yang dalam: orang yang dimurkai TUHAN akan jatuh ke dalamnya.
15 Kanak-kanak biasa membuat perkara yang bukan-bukan, tetapi rotan dapat mengajar mereka mengubah kelakuan.
16 Sesiapa yang menindas orang miskin untuk menjadi kaya atau memberikan hadiah kepada orang kaya, pada akhirnya akan melarat.
17 Dengarlah, aku akan mengajar kamu pepatah orang bijak. Kajilah ajaran mereka.