22 Jangan perdaya orang miskin kerana mereka miskin, dan jangan tipu mereka di mahkamah.
23 TUHAN akan membela mereka, dan mencabut nyawa orang yang menindas mereka.
24 Jangan bersahabat dengan orang yang suka marah dan cepat naik darah.
25 Jangan-jangan kamu ikut kelakuan mereka, lalu tidak dapat mengubah kebiasaan itu.
26 Jangan berjanji untuk menanggung hutang orang lain.
27 Jika kamu tidak dapat menjelaskan hutangnya, katil kamu pun akan dirampas.
28 Jangan pindahkan batas tanah yang ditetapkan oleh nenek moyang kamu.