22 Ahikar dilantik semula menjadi ketua pengurus istana, kerana pada masa pemerintahan Raja Sanherib, raja Asyur, Ahikar sudah pun memegang jawatan pengurus minuman, penyimpan mohor diraja, bendahara, dan pengawas istana. Disebabkan Ahikar itu anak saudara saya, dia menjadi pengantara yang baik bagi saya kepada raja, sehingga saya dapat pulang ke Niniwe.