Tobit 3 BMDC

Doa Tobit

1 Bukan main sedihnya hati saya, sehingga saya menangis. Lalu dengan berkeluh-kesah saya berdoa begini,

2 “Engkau adil, ya Tuhan.Engkau berbelas kasihan dalam semua perbuatan-Mudan setia dalam semua tindakan-Mu;Engkaulah yang menghakimi alam semesta.

3-4 Perlakukanlah aku dengan baikdan jangan hukum aku kerana dosa-dosaku,dan dosa-dosa yang tersembunyi.Nenek moyangku memberontak dan melanggar perintah-Mu;janganlah hukum aku kerana dosa-dosa mereka.Kaubiarkan kami dirompak, ditawan dan dibunuh,disindir, diejek, dan dihinadi negeri-negeri tempat kami dalam pembuangan.

5 Tepatlah semua hukuman-Mu,apabila Engkau menghukum kami kerana kesalahan kami.Kami tidak setia; kami menolak perintah-Mudan tidak hidup semestinya di hadapan-Mu.

6 Sekarang perlakukanlah aku sesuka hati-Mu,cabutlah nyawaku supaya aku hilang dari muka bumi,dan kembali menjadi debu.Mati lebih baik bagiku daripada hidup,kerana aku terus difitnah dan dihina,dan hatiku sangat sedih.Ya Tuhan, biarlah semua kesusahan ini berakhir;bawalah aku ke kediaman abadi.Janganlah Engkau tolak doaku,ya Tuhan,kerana lebih baik aku matidaripada hidup sengsara dan terus dinista.”

Kesusahan Sara

7 Pada hari itu juga di kota Ekbatana di Media, Sara anak perempuan Raguel dihina oleh pelayan wanita bapanya.

8 Sara sudah berkahwin tujuh kali, tetapi setiap kali sebelum dapat bersetubuh, Asmodeus, syaitan jahat, membunuh suaminya. Maka pelayan itu berkata kepada Sara, “Engkau sendiri yang membunuh suami-suamimu! Engkau sudah dikahwinkan dengan tujuh orang, tetapi semuanya mati sebelum dapat hidup bersamamu.

9 Mengapa engkau menghukum kami kerana kematian mereka? Lebih baik engkau sendiri pergi menyusul mereka, supaya kami tak akan melihat seorang pun anakmu!”

10 Apabila mendengar hal itu, Sara sangat sedih. Dia menangis tersedu-sedu dan naik ke loteng rumah bapanya untuk menggantung diri. Tetapi sesudah berfikir, dia berkata dalam hati, “Ah, jangan. Nanti bapaku dihina orang. Mereka akan berkata kepadanya, ‘Engkau mempunyai anak perempuan yang sangat dikasihi. Tetapi dia menggantung diri kerana kesusahannya.’ Lalu kesedihan bapaku yang sudah tua itu pasti akan membawanya ke liang kubur. Jadi daripada menggantung diri, lebih baik berdoa kepada Tuhan supaya aku mati saja. Maka aku tak akan mendengar penghinaan itu lagi.”

Doa Sara

11 Lalu Sara mengangkat tangannya ke arah jendela sambil berdoa begini,“Terpujilah Engkau, ya Allah Penyayang!Semoga nama-Mu selalu dihormati.Semoga Engkau diagungkan oleh seluruh ciptaan-Muuntuk selama-lamanya.

12 Ya Tuhan, aku memandang Engkaudan berdoa kepada-Mu.

13 Aku mohon, biarlah aku mati saja,supaya aku tidak mendengar penghinaan itu lagi.

14 Engkau tahu, Tuhan, bahawa aku masih dara,belum pernah disentuh laki-laki.

15 Belum pernah kunodai namaku atau nama bapaku,selama tinggal di tanah pembuangan ini.Aku anak tunggal ayahku,satu-satunya anggota warisnya.Tidak ada saudara ayah atau sanak saudara lainyang berhak memperisteri aku.Aku sudah kehilangan tujuh orang suami;apa gunanya terus hidup begini?Tetapi jika Tuhan tidak menghendaki aku mati,dengarkanlah keluh-kesahku, ya Tuhan!”

Tuhan Mengabulkan Doa Tobit dan Sara

16 Sementara Tobit dan Sara sedang berdoa, Allah Yang Maha Tinggi mendengar permohonan mereka

17 dan mengutus Rafael, malaikat-Nya untuk menolong mereka. Dia diutus untuk menghilangkan lapisan putih dari mata Tobit supaya dia dapat melihat sekali lagi. Rafael juga diutus untuk mengatur perkahwinan Sara dengan Tobias anak Tobit. Tobias itu orang yang paling berhak untuk berkahwin dengan Sara. Rafael juga ditugaskan untuk membebaskan Sara daripada syaitan Asmodeus.Pada saat Tobit meninggalkan halaman untuk masuk ke dalam rumahnya, pada saat itu juga Sara di Ekbatana turun dari loteng.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14