1 Kemudian Tobit berdoa begini,“Terpujilah Allah yang hidup selama-lamanya,terpujilah Dia yang berkuasa!
2 Memang Dia menghukum,tetapi Dia juga mengasihani.Dia menurunkan kita ke dunia orang mati,kemudian Dia membangkitkan kita daripada kebinasaan;tidak ada yang dapat terlepas daripada kuasa-Nya.
3 Hai Israel, bersyukurlah kepada-Nyadi depan bangsa-bangsa,tempat kamu diasingkan.
4 Khabarkanlah kebesaran-Nya di sana,agungkanlah Dia di hadapan segala yang hidup;kerana Dialah Allah, Tuhan kita,Bapa kita untuk selama-lamanya.