3 Hai Israel, bersyukurlah kepada-Nyadi depan bangsa-bangsa,tempat kamu diasingkan.
4 Khabarkanlah kebesaran-Nya di sana,agungkanlah Dia di hadapan segala yang hidup;kerana Dialah Allah, Tuhan kita,Bapa kita untuk selama-lamanya.
5 Biarpun Dia menyeksa kamu kerana kejahatanmu,Dia akan mengasihani kamu lagidan memulangkan kamu dari antara bangsa-bangsa,tempat kamu dicerai-beraikan.
6 Jika kamu kembali kepada-Nyadengan sepenuh hati dan segenap jiwamudan melakukan yang benar di hadapan-Nya,pasti Dia berbalik untuk menolong kamudan tidak terus bersembunyi daripadamu.
7 Lihatlah apa yang telah dikerjakan Allah bagimu,bersyukurlah kepada-Nya dengan suara nyaring.Pujilah Tuhan oleh sebab Dia adil,agungkanlah Raja yang kekal abadi.
8 Biarpun aku tinggal dalam pembuangan,aku akan bersyukur juga kepada Tuhandan menyatakan kekuasaan-Nya yang besarkepada orang yang berdosa.Bertaubatlah daripada dosa-dosamudan lakukanlah apa yang dikehendaki Allah.Siapa tahu Dia akan berkenandan berbelas kasihan kepadamu.
9 Aku mahu mengagungkan Allahku dan Raja Yang Maha Tinggi,hatiku bersorak kerana kebesaran-Nya.