5 Biarpun Dia menyeksa kamu kerana kejahatanmu,Dia akan mengasihani kamu lagidan memulangkan kamu dari antara bangsa-bangsa,tempat kamu dicerai-beraikan.
6 Jika kamu kembali kepada-Nyadengan sepenuh hati dan segenap jiwamudan melakukan yang benar di hadapan-Nya,pasti Dia berbalik untuk menolong kamudan tidak terus bersembunyi daripadamu.
7 Lihatlah apa yang telah dikerjakan Allah bagimu,bersyukurlah kepada-Nya dengan suara nyaring.Pujilah Tuhan oleh sebab Dia adil,agungkanlah Raja yang kekal abadi.
8 Biarpun aku tinggal dalam pembuangan,aku akan bersyukur juga kepada Tuhandan menyatakan kekuasaan-Nya yang besarkepada orang yang berdosa.Bertaubatlah daripada dosa-dosamudan lakukanlah apa yang dikehendaki Allah.Siapa tahu Dia akan berkenandan berbelas kasihan kepadamu.
9 Aku mahu mengagungkan Allahku dan Raja Yang Maha Tinggi,hatiku bersorak kerana kebesaran-Nya.
10 Hendaknya semua orang mengkhabarkan keagungan-Nyadan menyanyikan lagu pujian bagi-Nya di Yerusalem.Hai Yerusalem, kota suci,engkau dihukum kerana dosa-dosa pendudukmu.Tetapi Tuhan berbelas kasihankepada orang yang melakukan kehendak-Nya.
11 Maka bersyukurlah kepada Tuhan sebagaimana layaknya,pujilah Raja yang kekal abadi.Semoga Rumah-Nya dibina kembalidan kamu bergembira lagi.