7 Lihatlah apa yang telah dikerjakan Allah bagimu,bersyukurlah kepada-Nya dengan suara nyaring.Pujilah Tuhan oleh sebab Dia adil,agungkanlah Raja yang kekal abadi.
8 Biarpun aku tinggal dalam pembuangan,aku akan bersyukur juga kepada Tuhandan menyatakan kekuasaan-Nya yang besarkepada orang yang berdosa.Bertaubatlah daripada dosa-dosamudan lakukanlah apa yang dikehendaki Allah.Siapa tahu Dia akan berkenandan berbelas kasihan kepadamu.
9 Aku mahu mengagungkan Allahku dan Raja Yang Maha Tinggi,hatiku bersorak kerana kebesaran-Nya.
10 Hendaknya semua orang mengkhabarkan keagungan-Nyadan menyanyikan lagu pujian bagi-Nya di Yerusalem.Hai Yerusalem, kota suci,engkau dihukum kerana dosa-dosa pendudukmu.Tetapi Tuhan berbelas kasihankepada orang yang melakukan kehendak-Nya.
11 Maka bersyukurlah kepada Tuhan sebagaimana layaknya,pujilah Raja yang kekal abadi.Semoga Rumah-Nya dibina kembalidan kamu bergembira lagi.
12 Tuhan akan menggembirakan semua orang buanganmu,dan pendudukmu yang menderitadikasihi-Nya untuk selama-lamanya.
13 Yerusalem, cahayamu akan bersinar cemerlangbagi seluruh dunia.Dari jauh bangsa-bangsa datang kepadamuuntuk menyembah Tuhan Allah.Tangan mereka penuh dengan persembahanbagi Raja Yang Maha Tinggi.Turun-temurun orang akan bergembira kerana engkau,dan namamu sebagai kota pilihan Tuhanakan bertahan selama-lamanya.