7 Pada hari itu juga di kota Ekbatana di Media, Sara anak perempuan Raguel dihina oleh pelayan wanita bapanya.
8 Sara sudah berkahwin tujuh kali, tetapi setiap kali sebelum dapat bersetubuh, Asmodeus, syaitan jahat, membunuh suaminya. Maka pelayan itu berkata kepada Sara, “Engkau sendiri yang membunuh suami-suamimu! Engkau sudah dikahwinkan dengan tujuh orang, tetapi semuanya mati sebelum dapat hidup bersamamu.
9 Mengapa engkau menghukum kami kerana kematian mereka? Lebih baik engkau sendiri pergi menyusul mereka, supaya kami tak akan melihat seorang pun anakmu!”
10 Apabila mendengar hal itu, Sara sangat sedih. Dia menangis tersedu-sedu dan naik ke loteng rumah bapanya untuk menggantung diri. Tetapi sesudah berfikir, dia berkata dalam hati, “Ah, jangan. Nanti bapaku dihina orang. Mereka akan berkata kepadanya, ‘Engkau mempunyai anak perempuan yang sangat dikasihi. Tetapi dia menggantung diri kerana kesusahannya.’ Lalu kesedihan bapaku yang sudah tua itu pasti akan membawanya ke liang kubur. Jadi daripada menggantung diri, lebih baik berdoa kepada Tuhan supaya aku mati saja. Maka aku tak akan mendengar penghinaan itu lagi.”
11 Lalu Sara mengangkat tangannya ke arah jendela sambil berdoa begini,“Terpujilah Engkau, ya Allah Penyayang!Semoga nama-Mu selalu dihormati.Semoga Engkau diagungkan oleh seluruh ciptaan-Muuntuk selama-lamanya.
12 Ya Tuhan, aku memandang Engkaudan berdoa kepada-Mu.
13 Aku mohon, biarlah aku mati saja,supaya aku tidak mendengar penghinaan itu lagi.