9 Mengapa engkau menghukum kami kerana kematian mereka? Lebih baik engkau sendiri pergi menyusul mereka, supaya kami tak akan melihat seorang pun anakmu!”
10 Apabila mendengar hal itu, Sara sangat sedih. Dia menangis tersedu-sedu dan naik ke loteng rumah bapanya untuk menggantung diri. Tetapi sesudah berfikir, dia berkata dalam hati, “Ah, jangan. Nanti bapaku dihina orang. Mereka akan berkata kepadanya, ‘Engkau mempunyai anak perempuan yang sangat dikasihi. Tetapi dia menggantung diri kerana kesusahannya.’ Lalu kesedihan bapaku yang sudah tua itu pasti akan membawanya ke liang kubur. Jadi daripada menggantung diri, lebih baik berdoa kepada Tuhan supaya aku mati saja. Maka aku tak akan mendengar penghinaan itu lagi.”
11 Lalu Sara mengangkat tangannya ke arah jendela sambil berdoa begini,“Terpujilah Engkau, ya Allah Penyayang!Semoga nama-Mu selalu dihormati.Semoga Engkau diagungkan oleh seluruh ciptaan-Muuntuk selama-lamanya.
12 Ya Tuhan, aku memandang Engkaudan berdoa kepada-Mu.
13 Aku mohon, biarlah aku mati saja,supaya aku tidak mendengar penghinaan itu lagi.
14 Engkau tahu, Tuhan, bahawa aku masih dara,belum pernah disentuh laki-laki.
15 Belum pernah kunodai namaku atau nama bapaku,selama tinggal di tanah pembuangan ini.Aku anak tunggal ayahku,satu-satunya anggota warisnya.Tidak ada saudara ayah atau sanak saudara lainyang berhak memperisteri aku.Aku sudah kehilangan tujuh orang suami;apa gunanya terus hidup begini?Tetapi jika Tuhan tidak menghendaki aku mati,dengarkanlah keluh-kesahku, ya Tuhan!”