Tobit 4:12-18 BMDC

12 Nak, jagalah dirimu terhadap pelacur-pelacur. Yang penting, engkau harus mengambil isteri daripada suku kita sendiri, oleh sebab kita ini keturunan nabi-nabi. Jangan peristeri orang yang bukan daripada suku kita. Ingatlah bahawa leluhur kita Nuh, Abraham, Ishak dan Yakub, semuanya berkahwin dengan sanak saudara mereka. Maka Allah memberkati mereka sehingga anak mereka banyak dan keturunan mereka mewarisi tanah Israel.

13 Oleh itu cintailah sanak saudaramu. Jangan terlalu sombong untuk mengambil seorang gadis di kalangan mereka untuk menjadi isterimu. Kebongkakan membawa kekecewaan besar dan kebinasaan, seperti juga kemalasan mengakibatkan kemiskinan dan kelaparan.

14 Bayarlah upah buruhmu setiap hari, dan jangan tahan wang itu sampai keesokan harinya. Jika engkau menghormati Allah, Dia akan mengganjari engkau. Nak, jagalah tingkah lakumu setiap waktu. Bertindaklah selalu seperti orang yang terdidik.

15 Apa yang engkau sendiri tidak suka, jangan engkau lakukan terhadap orang lain.Jangan minum wain terlalu banyak dan jangan biasakan dirimu menjadi mabuk.

16 Daripada makananmu, berilah kepada orang yang lapar, dan daripada pakaianmu, berilah kepada orang yang miskin. Apa yang berlebihan padamu berikanlah sebagai sedekah. Apabila engkau memberi sedekah, berilah dengan ikhlas dan murah hati.

17 Apabila seorang salih meninggal, sajikanlah makanan yang berlimpah-limpah bagi keluarganya, tetapi jangan berbuat begitu bagi orang yang berdosa.

18 Mintalah nasihat setiap orang bijaksana, dan jangan remehkan nasihat yang berguna.