10 Kata-kata itu terdengar oleh Raguel, dan dia berkata kepada Tobias, “Makanlah dan minumlah, dan bersenang-senanglah malam ini. Engkaulah yang paling berhak memperisteri Sara. Dia tak dapat kuberikan kepada orang lain, oleh sebab engkau kerabatku yang paling dekat. Tapi aku harus mengatakan yang sebenarnya kepadamu, nak.
11 Dia sudah kukahwinkan berturut-turut kepada tujuh orang, semuanya kerabat kami. Tapi mereka semua menemui ajal masing- masing pada malam pengantin ketika mendekatinya. Sekarang makanlah dan minumlah. Tuhan akan melindungi kamu berdua.”
12 Tobias menjawab, “Saya tak akan makan atau minum sebelum bapa memberi jawapan.”Raguel bersetuju. “Baiklah,” katanya. “Dia kuberikan kepadamu sesuai dengan Taurat Musa. Allah Yang Maha Tinggi sudah mengatur perkahwinan ini, jadi terimalah dia sebagai isterimu. Mulai sekarang kamu terikat, satu dengan yang lain, dan Sara diberikan kepadamu untuk selama-lamanya. Semoga Tuhan Yang Maha Tinggi menjaga kamu malam ini supaya selamat. Semoga Dia mengasihani kamu dan berbuat baik kepadamu!”
13 Kemudian Raguel memanggil anaknya. Sewaktu dia masuk, Raguel memegang tangan Sara dan menyerahkannya kepada Tobias dengan restunya. “Ambillah dia menjadi isterimu sesuai dengan ketetapan Taurat Musa. Bawalah dia dengan selamat ke rumah ayahmu. Semoga Allah Yang Maha Tinggi memberi hidup sejahtera kepadamu.”
14 Lalu Raguel menyuruh Edna isterinya mengambil segulung kertas yang masih kosong. Pada kertas itu ditulisnya perjanjian perkahwinan yang menyatakan bahawa dia menyerahkan Sara kepada Tobias menjadi isterinya sesuai dengan ketetapan Taurat Musa. Sesudah itu baharulah mereka makan dan minum.
15 Kemudian Raguel memanggil isterinya dan berkata kepadanya, “Siapkanlah sebuah bilik dan hantarkanlah Sara masuk.”
16 Edna menyiapkan bilik sesuai dengan perintah suaminya, lalu dibawanya Sara ke situ. Dia mula menangis kerana anaknya, lalu dia mengesat air matanya, dan berkata kepada Sara,