14 Lalu Raguel menyuruh Edna isterinya mengambil segulung kertas yang masih kosong. Pada kertas itu ditulisnya perjanjian perkahwinan yang menyatakan bahawa dia menyerahkan Sara kepada Tobias menjadi isterinya sesuai dengan ketetapan Taurat Musa. Sesudah itu baharulah mereka makan dan minum.
15 Kemudian Raguel memanggil isterinya dan berkata kepadanya, “Siapkanlah sebuah bilik dan hantarkanlah Sara masuk.”
16 Edna menyiapkan bilik sesuai dengan perintah suaminya, lalu dibawanya Sara ke situ. Dia mula menangis kerana anaknya, lalu dia mengesat air matanya, dan berkata kepada Sara,
17 “Tabahlah, Sara. Ibu yakin kali ini Tuhan Yang Maha Tinggi akan memberi engkau kebahagiaan bagi menggantikan kesedihan. Jadi tabahkanlah hatimu, nak!” Lalu Edna meninggalkan bilik itu.