19 Pokok akan tinggal sedikit sahaja, sehingga seorang anak kecil pun dapat mengiranya.
20 Masanya akan tiba apabila umat Israel yang terselamat tidak lagi bergantung kepada bangsa yang hampir membinasakan mereka. Mereka akan sungguh-sungguh bergantung kepada TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci.
21 Sedikit sahaja umat Israel akan kembali kepada Allah yang perkasa.
22 Walaupun sekarang umat Israel sebanyak pasir di tepi laut, hanya sedikit yang akan kembali. Kebinasaan menantikan umat Israel dan memang mereka layak dihukum.
23 Sesungguhnya TUHAN Raja Yang Maha Kuasa akan mendatangkan kebinasaan ke seluruh negeri ini, sebagaimana yang telah difirmankan-Nya.
24 TUHAN Raja Yang Maha Kuasa berfirman kepada umat-Nya yang tinggal di Sion, “Jangan takut akan orang Asyur walaupun mereka menindas kamu seperti orang Mesir dahulu.
25 Tidak lama lagi Aku akan berhenti menghukum kamu, lalu Aku akan memusnahkan mereka.