1 Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,“TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu,kerana Engkau menghibur aku.Dahulu Engkau murka terhadap aku,tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu.
2 Allah ialah Penyelamatku;aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut.TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku;Dialah Penyelamatku.
3 Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga,demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah.”
4 Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi,“Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia!Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa.Beritahulah mereka kebesaran-Nya.
5 Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar.Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.
6 Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi.Allah yang suci,Allah Israel itu agung,Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”