1 Aku akan bercakap demi Yerusalem;aku tidak akan diam sehingga Yerusalam diselamatkan,dan kemenangannya bersinar seperti suluh pada waktu malam.
2 Hai Yerusalem, bangsa-bangsa akan menyaksikan kemenanganmu.Raja-raja mereka akan melihat kemuliaanmu!Engkau akan disebut dengan nama yang baru,nama yang diberikan oleh TUHAN sendiri.
3 Engkau akan menjadi seperti mahkota indah untuk TUHAN,dan mahkota kerajaan bagi Allahmu.
4 Engkau tidak lagi disebut “Yang Ditinggalkan”,negerimu tidak lagi disebut “Yang Kesepian”.Tetapi engkau akan disebut “Yang Diperkenankan Allah”,negerimu akan disebut “Yang Sudah Menikah”kerana TUHAN berkenan kepadamu,dan menjadi seperti suami terhadap negerimu.
5 Sebagaimana seorang pemuda mengahwini seorang dara,demikianlah Penciptamu memperisteri engkau.Sebagaimana pengantin lelaki gembira melihat pengantin perempuan,demikian juga Allahmu menyukai engkau.
6 Di tembokmu, hai Yerusalem, Aku menempatkan pengawal;siang malam mereka tidak boleh diam.Mereka mesti mengingatkan TUHAN tentang janji-Nya,supaya jangan sekali-kali Dia melupakannya.
7 Mereka mesti terus mengingatkan Dia,sehingga Dia memulihkan Yerusalem,dan menjadikannya kotayang termasyhur di seluruh dunia.
8 TUHAN telah berjanji dengan sumpah,dan akan melaksanakannya dengan kuasa-Nya.“Gandummu tidak akan dimakan oleh musuhmu lagi,dan wain yang kamu hasilkan dengan susah payah,tidak akan diminum oleh orang bangsa asing lagi.
9 Tetapi kamu yang menabur dan menuai gandumakan menikmati hasilnya dan memuji TUHAN.Kamu yang memetik buah anggurakan menikmati wain di halaman Rumah-Ku.”
10 Hai penduduk Yerusalem, keluarlah dari bandar,dan binalah jalan bagi orang kamu yang pulang dari pembuangan.Binalah sebatang lebuh raya; buanglah batu-batu!Dirikanlah panji-panji supaya bangsa-bangsa tahu
11 bahawa TUHAN mengumumkan hal ini kepada seluruh bumi,“Beritahulah penduduk Yerusalem,bahawa TUHAN datang untuk menyelamatkan kamu.Orang yang telah diselamatkan-Nya dibawa-Nya bersama-sama.”
12 Kamu akan disebut “Umat Yang Suci”,“Umat Yang Telah Diselamatkan TUHAN”.Yerusalem akan disebut “Kota Yang Dikasihi Allah”,“Kota Yang Tidak Ditinggalkan Allah”.