1 Dengarkan aku, hai penduduk pulau-pulau,penduduk negeri-negeri yang jauh!Sebelum aku dilahirkan, TUHAN telah memilih aku,dan melantik aku menjadi hamba-Nya.
2 Dia membuat kata-kataku tajam seperti pedang,Dia melindungi aku dengan tangan-Nya sendiri.Dia menjadikan aku seperti anak panahyang tajam dan siap untuk digunakan.
3 Dia berfirman kepadaku, “Hai Israel, kamu hamba-Ku;kerana kamu, orang akan memuji Aku.”
4 Aku berkata, “Aku telah berusaha, tetapi sia-sia saja!Aku telah menghabiskan tenagaku tetapi tidak mencapai apa-apa.”Namun aku percaya kepada TUHAN untuk membela perkaraku;Allah akan memberi aku ganjaran untuk usahaku.
5 Sebelum aku lahir, TUHAN telah melantik aku;Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya,untuk mengumpulkan Israel, umat-Nya.TUHAN memberi aku kehormatan,Allahku adalah sumber kekuatanku.
6 TUHAN berfirman kepadaku,“Tugas yang lebih besar menanti engkau, hai hamba-Ku.Bukan sahaja engkau akan memulihkan kemuliaan umat Israel yang terselamat,tetapi Aku juga akan menjadikan engkau cahaya untuk menerangi bangsa-bangsasupaya seluruh dunia dapat diselamatkan.”
7 Allah Israel, Allah yang suci, Penyelamat Israel berfirmankepada orang yang sangat dihina,yang dibenci oleh bangsa-bangsa,yang menjadi hamba penguasa-penguasa,“Raja-raja akan melihat perbuatan-Ku,lalu berdiri untuk memberikan hormat.Para penguasa juga akan melihat hal itu,lalu sujud untuk memberikan hormat.”Hal ini akan berlaku kerana TUHAN telah memilih hamba-Nya;Allah Israel, Allah yang suci menepati janji-Nya.
8 TUHAN berfirman kepada umat-Nya,“Apabila masanya tiba bagi-Ku untuk menyelamatkan kamu,Aku akan menjawab seruan kamu dan menolong kamu.Aku akan menjaga dan melindungi kamu.Aku akan membuat perjanjian dengan bangsa-bangsa melalui kamu.Aku akan membolehkan kamu mendiami semulanegeri yang lengang sekarang.
9 Aku akan berkata kepada orang tawanan, ‘Keluarlah!’dan kepada orang dalam kegelapan, ‘Marilah ke tempat yang terang!’Mereka akan mendapat makanan di sepanjang jalan,bahkan di bukit yang gondol pun mereka tidak kekurangan.
10 Mereka tidak akan lapar atau dahaga,dan tidak ditimpa angin panas dan terik matahari,kerana mereka dipimpin oleh penyayang mereka.Dia akan memimpin mereka ke mata air.
11 Aku akan membina lebuh raya melintasi pergunungan,Aku akan menyediakan jalan bagi umat-Ku.
12 Umat-Ku akan datang dari tempat-tempat yang jauh,dari utara, barat, dan dari Sinim di selatan.”
13 Bernyanyilah, hai langit! Bersoraklah dengan sukacita, hai bumi!Bernyanyilah dengan gembira, hai gunung-gunung,kerana TUHAN akan menghiburkan umat-Nya,Dia akan mengasihani umat-Nya yang menderita.
14 Tetapi penduduk Yerusalem berkata,“TUHAN telah meninggalkan kita!Dia telah melupakan kita.”
15 Oleh itu TUHAN menjawab,“Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya,atau tidak mengasihi anak kandungnya?Sekalipun ibu melupakan anak,Aku tidak akan melupakan kamu.
16 Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu!Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.
17 Orang yang akan membina kamu semula segera datang,dan mereka yang membinasakan kamu akan segera pergi.
18 Lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kamu!Rakyat kamu mula berhimpun, mereka sedang pulang!Demi Aku, Allah yang hidup, Aku berfirman bahawakamu akan berasa bangga dengan rakyatmu,seperti seorang pengantin perempuan bangga dengan perhiasannya.
19 Dahulu negeri kamu musnah dan lengang,tetapi sekarang negeri itu terlalu kecilbagi orang yang hendak tinggal di situ.Mereka yang memusnahkan negeri kamu,akan pergi jauh daripada kamu.
20 Anak-anak yang dilahirkan dalam pembuanganakan berkata kepada kamu pada suatu hari kelak,‘Negeri ini terlalu kecil,kita memerlukan tempat tinggal yang lebih besar!’
21 Lalu kamu akan berkata dalam hati,‘Siapakah yang melahirkan anak-anak ini bagiku?Bukankah aku telah kehilangan anak-anakku,dan tidak dapat melahirkan anak lagi?Aku dibawa ke tempat pembuangan,siapakah yang membesarkan anak-anak ini?Aku ditinggalkan seorang diri,dari manakah anak-anak ini datang?’ ”
22 TUHAN Raja berfirman kepada umat-Nya,“Aku akan memberikan isyarat kepada bangsa-bangsa,lalu mereka akan membawa anak-anak kamu pulang;anak-anak lelaki kamu akan didukung,dan anak-anak perempuan kamu akan dijulang.
23 Raja-raja akan menjadi seperti bapa kamu,ratu-ratu akan menjadi seperti ibu kamu.Mereka akan sujud menghormati kamu;mereka akan menghormati kamu dengan rendah hati.Maka kamu akan sedar bahawa Akulah TUHAN;orang yang mengharapkan pertolongan-Ku tidak dikecewakan.”
24 Dapatkah kamu merebut jarahan dari tangan pahlawan?Dapatkah kamu membebaskan tawanan daripada orang kejam?
25 TUHAN menjawab, “Itulah yang akan berlaku.Tawanan akan dirampas dari tangan askar,dan jarahan akan direbut daripada orang kejam.Aku akan melawan orang yang melawan kamu,dan Aku akan menyelamatkan anak-anak kamu.