1 Bangunlah, hai Yerusalem, bangunlah!Kuatkanlah hatimu! Kenakanlah pakaian kebesaranmu!Hai Yerusalem, kota yang suci,orang najis tidak akan memasuki pintu gerbangmu lagi.
2 Bebaskanlah dirimu, hai Yerusalem!Bangkitlah dan kebaskanlah debu yang melekat padamu.Putuskanlah rantai yang mengikat leher kamu,hai penduduk Sion yang tertawan!
3 TUHAN Raja berfirman kepada umat-Nya, “Ketika kamu menjadi hamba, kamu tidak dibeli dengan wang. Demikian juga ketika kamu dibebaskan, kamu tidak akan ditebus dengan wang.
4 Semasa kamu tinggal di Mesir sebagai orang bangsa asing, kamu pergi ke sana dengan kemahuan kamu sendiri. Lalu Asyur menawan kamu tanpa alasan.
5 Sekarang di Babilonia hal yang sama telah berlaku: kamu ditawan tanpa alasan. Mereka yang menawan kamu sentiasa memegahkan diri dan menghina Aku.
6 Pada masa yang akan datang, kamu akan mengakui bahawa Akulah Allah, dan bahawa Aku telah berfirman kepada kamu.”
7 Betapa baiknya melihat kedatangan utusan,dia datang melintasi pergunungan,dan membawa berita baik, berita kedamaian!Dia mengisytiharkan penyelamatan, dan berkata kepada Sion,“Allahmu memerintah!”
8 Para pengawal kota berteriak-teriak,mereka bersorak bersama-sama kerana sukacita.Dengan mata sendiri mereka melihatTUHAN kembali ke Sion.
9 Bersorak-soraklah, hai runtuhan Yerusalem!TUHAN akan menyelamatkan kota-Nyaserta menghiburkan hati umat-Nya.
10 TUHAN akan menggunakan kuasa-Nya yang sucidi hadapan semua bangsa.Dia akan menyelamatkan umat-Nya,dan seluruh bumi akan menyaksikannya.
11 Pergilah! Tinggalkanlah Babilonia,hai kamu yang membawa perkakas Rumah TUHAN!Janganlah sentuh apa-apa yang najis,sucikanlah diri kamu dan berangkatlah.
12 Kamu tidak akan pergi tergesa-gesaseperti orang yang melarikan diri.TUHAN akan memimpin kamu,Allah Israel akan melindungi kamu dari setiap penjuru.
13 TUHAN berfirman,“Hamba-Ku akan berjaya dalam tugasnya;dia akan disanjung tinggi.
14 Dahulu banyak orang terperanjat melihat dia,kerana rupanya dicacati sehingga tidak lagi seperti rupa manusia.