1 Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem,kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang;TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.
2 Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan,tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu;cahaya hadirat-Nya akan menerangimu.
3 Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu,dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.
4 Lihatlah hal yang sedang berlaku di sekelilingmu.Rakyatmu berkumpul untuk pulang kepadamu.Anak lelakimu pulang dari negeri jauh,dan anak perempuanmu didukung.
5 Engkau akan melihat hal itu lalu wajahmu berseri-seri,engkau akan terharu dan berbesar hati.Harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu;kekayaan dari seberang laut akan mengalir kepadamu.
6 Kafilah-kafilah akan datang dari Midian dan Efa.Mereka datang dari Syeba dengan membawa emas dan kemenyan.Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN!
7 Kawanan domba dari Kedar dan domba jantan dari Nebayotakan dibawa kepadamu sebagai korban,dan dipersembahkan di atas mazbah untuk menyenangkan hati TUHAN.TUHAN akan menjadikan Rumah-Nya lebih mulia lagi.
8 Apakah yang melayang seperti awan,seperti burung merpati yang sedang terbang pulang?
9 Itulah kapal-kapal yang membawa pulangumat Allah dari negeri-negeri yang jauh.Perak dan emas dibawa oleh merekauntuk memuliakan nama TUHAN, Allah kamu,Allah Israel, Allah yang suciyang menyebabkan bangsa-bangsa menghormati umat-Nya.
10 TUHAN berfirman kepada Yerusalem,“Orang bangsa asing akan membina semula tembokmu,dan raja-raja mereka akan melayani engkau.Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,tetapi sekarang Aku berkenan untuk mengasihani engkau.
11 Siang malam pintu-pintu gerbangmu akan terbuka,supaya raja-raja bangsa asing yang telah ditawandapat membawa kekayaan kepadamu.
12 Tetapi bangsa-bangsa yang tidak mengabdi kepadamuakan dimusnahkan sama sekali.
13 Kayu sipres, kayu juniper, dan kayu pain,kayu yang terbaik dari hutan Lebanon,akan dibawa untuk membinamu, hai Yerusalem,untuk memperindah Rumah-Ku dan memuliakan kota-Ku.
14 Anak-anak penindasmu akan datang bersujud untuk menghormati engkau.Semua orang yang pernah menghina engkau akan bersujud pada kaki-Mu.Mereka akan menyebut engkau ‘Kota TUHAN’,‘Sion, Kota Allah Israel, Allah yang suci’.
15 Engkau tidak akan ditinggalkan dan tidak dibenci lagi,dan tidak dibiarkan sebagai kota yang terlantar dan sunyi.Aku akan menjadikan engkau agung dan indah,tempat kegembiraan selama-lamanya.
16 Bangsa-bangsa dan raja-raja akan memelihara engkau,seperti seorang ibu memelihara anaknya.Engkau akan tahu bahawa Aku, TUHAN, Penyelamatmu,dan bahawa Allah Israel, Allah Yang Maha Kuasa, Penebusmu.
17 Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti gangsa,perak sebagai ganti besi,gangsa sebagai ganti kayu,dan besi sebagai ganti batu.Penguasa-penguasamu tidak akan menindas engkau lagi;Aku akan menyebabkan mereka memerintah dengan adil dan aman.
18 Keganasan tidak akan terdengar lagi;negerimu tidak akan mengalami kemusnahan lagi.Seperti tembok, Aku akan melindungi dan membela engkau;engkau akan memuji Aku kerana Aku Penyelamatmu.
19 Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari,bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari;Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu;Aku akan menyinari engkau dengan kemuliaan-Ku.
20 Masa kedukaanmu akan berakhir.Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu,lebih kekal daripada matahari dan bulan.
21 Pendudukmu akan melakukan hal yang benar,dan akan memiliki negeri ini selama-lamanya.Mereka seperti tumbuhan yang Aku tanam, hasil ciptaan-Ku,untuk menyatakan kebesaran-Ku.
22 Bahkan keluargamu yang terkecil dan terhinaakan menjadi bangsa yang kuat.Pada masa yang tepat kelak,Aku, TUHAN, akan melakukannya dengan segera.”