Yesaya 42 BMDC

Hamba TUHAN

1 TUHAN berfirman,“Inilah hamba-Ku, yang telah Kukuatkan;seorang yang telah Kupilih, dan yang menyenangkan hati-Ku.Kuasa-Ku telah Kuberikan kepadanya,dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa.

2 Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya,dan suaranya tidak akan terdengar di jalan.

3 Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai,ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip.Dia akan mendatangkan keadilan kepada semua orang.

4 Dia tidak akan kehilangan semangat atau putus asasehingga dia menegakkan keadilan di bumi.Negeri-negeri yang jauh menanti-nantikan ajarannya.”

5 TUHAN Allah menciptakan dan membentangkan langit;Dia membentuk bumi serta segala yang hidup di atasnya;Dia memberikan nyawa dan nafas kepada manusia.Sekarang Allah berfirman kepada hamba-Nya,

6 “Aku, TUHAN telah memanggil engkau serta menugaskan engkauuntuk menjalankan keadilan di bumi.Melalui engkau Aku akan membuat perjanjian dengan semua orang;melalui engkau Aku akan menerangi bangsa-bangsa.

7 Engkau akan mencelikkan mata orang buta,dan membebaskan orang dari penjara yang gelap.

8 Akulah TUHAN, itulah nama-Ku.Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa,atau pujian-Ku kepada mana-mana berhala.

9 Hal-hal yang telah Kunubuatkan sudah pun berlaku.Sekarang Aku akan memberitahu kamuhal-hal baru sebelum semua itu berlaku.”

Lagu Pujian

10 Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN;pujilah Dia, hai seluruh bumi!Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya,bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh!

11 Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah;hendaklah orang Kedar memuji Dia!Hendaklah penduduk kota Selabersorak-sorak dari puncak-puncak gunung!

12 Hendaklah orang yang tinggal di negeri-negeri jauhmemuji dan memuliakan TUHAN!

13 TUHAN maju berperang seperti seorang pahlawanyang penuh semangat untuk berperang.Dia memekik sebagai isyarat perang;Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh.

Allah Berjanji untuk Menolong Umat-Nya

14 Allah berfirman, “Sudah lama Aku membisu;Aku diam dan menahan diri.Tetapi sekarang tibalah saatnya untuk bertindak;Aku akan berteriak seperti perempuan yang hendak bersalin.

15 Aku akan membuat gunung dan bukit menjadi tandus,dan melayukan segala tumbuhan dan rumputnya.Aku akan mengubah sungai di lembah menjadi padang gurun,dan mengeringkan kolam-kolam air.

16 Aku akan memimpin umat-Ku yang butamelalui jalan yang belum pernah dilalui mereka.Aku akan mengubah kegelapan mereka menjadi cahaya,dan meratakan jalan yang berlekak-lekuk bagi mereka.Itulah hal-hal yang akan Kulakukan,Aku pasti melaksanakan segala-galanya.

17 Semua orang yang percaya kepada berhala,dan menganggap patung-patung sebagai dewaakan dihinakan dan dipermalukan.”

Israel Masih Tidak Insaf

18 TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai orang pekak!Lihatlah baik-baik, hai orang buta!

19 Adakah sesiapa yang lebih buta daripada hamba-Ku,atau lebih pekak daripada utusan-Ku?

20 Hai Israel, begitu banyak yang telah kamu lihat,tetapi alangkah sedikit yang kamu fahami.Kamu mempunyai telinga,tetapi kamu tidak mendengar.”

21 TUHAN sentiasa ingin menyelamatkan;Dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan.

22 Tetapi sekarang umat-Nya telah dijarah,mereka ditahan di dalam penjara bawah tanah,dan dikurung di dalam penjara.Mereka dirompak dan dijarah,tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka.

23 Mahukah sesiapa mendengar?Mulai sekarang mahukah kamu mendengar baik-baik?

24 Siapakah yang menyerahkan Israel kepada tangan musuh?TUHAN sendiri, kerana kita telah berdosa terhadap-Nya!Kita tidak mahu hidup menurut kehendak-Nyaataupun mentaati ajaran-Nya.

25 Oleh itu Dia membiarkan kita merasakan kemurkaan-Nya,dan menderita keganasan peperangan.Seperti api, kemurkaan-Nya membakar seluruh Israel,namun kita tidak memahami apa yang telah berlaku;kita tidak belajar daripada pengalaman itu.