Yesaya 61 BMDC

Berita Baik tentang Pembebasan

1 Kuasa TUHAN Raja ada padaku,Dia telah memilih aku dan mengutus akuuntuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin,untuk memulihkan orang yang hancur hati,untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan,dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.

2 Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkanketibaan masabagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya,dan mengalahkan musuh-musuh mereka.Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka,

3 untuk memberi orang yang berkabung di Sion,kesukaan serta kegembiraan, dan bukan kedukaan,lagu pujian, dan bukan kesedihan.Mereka akan menjadi seperti pokokyang ditanam oleh TUHAN sendiri.Mereka akan melakukan hal yang benar,dan Allah akan dipuji kerana perbuatan-Nya.

4 Mereka akan membina semulakota-kota yang telah lama runtuh,dan mendirikan tempat-tempatyang sudah lama sepi.

5 Hai umat-Ku, orang bangsa asing akan melayani kamu.Mereka akan menjaga ternakan kamudan bekerja di tanah dan ladang anggur kamu.

6 Kamu akan dikenal sebagai imam-imam TUHAN,sebagai hamba-hamba Allah kita.Kamu akan menikmati kekayaan bangsa-bangsa,dan berasa bangga memiliki kekayaan itu.

7 Kamu tidak akan dipermalukan atau dihina lagi.Kamu akan tinggal di negeri kamu sendiri,kekayaan kamu akan menjadi dua kali ganda;kesukaan kamu akan kekal selama-lamanya.

8 TUHAN berfirman, “Aku mencintai keadilan,dan Aku membenci penindasan dan jenayah.Dengan setia Aku akan memberikan ganjaran kepada umat-Ku;Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka.

9 Keturunan mereka akan menjadi terkenal di mana-mana,termasyhur antara bangsa-bangsa;setiap orang yang nampak mereka akan tahubahawa merekalah bangsa yang telah Kuberkati.”

10 Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN.Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantinyang memakai perhiasan serba indah.Begitulah Allah mengenakankeselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.