24 TUHAN Yang Maha Kuasa bersumpah, “Perkara yang telah Aku rancangkan pasti berlaku. Perkara yang sudah Aku tentukan pasti terjadi.
25 Aku akan membinasakan orang Asyur di Israel negeri-Ku itu, dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Aku akan membebaskan umat-Ku daripada penindasan orang Asyur dan daripada beban yang dipikul mereka.
26 Inilah rancangan-Ku untuk dunia; Aku akan menghukum bangsa-bangsa.”
27 TUHAN Yang Maha Kuasa sudah memutuskan untuk berbuat demikian. Dia akan menghukum mereka, dan tiada sesiapa pun dapat menghalang Dia.
28 Inilah perkhabaran yang diisytiharkan pada tahun Raja Ahas mangkat.
29 Hai orang Filistin, walaupun belantan yang memukul kamu telah dipatahkan, jangan kamu bersukacita kerana apabila seekor ular mati, seekor lagi yang lebih dahsyat akan muncul. Seekor naga bersayap akan menetas daripada telur ular.
30 TUHAN akan menggembalakan umat-Nya yang miskin dan membolehkan mereka hidup dengan aman, tetapi Dia akan mendatangkan kebuluran yang dahsyat kepada kamu, hai orang Filistin. Tiada seorang pun antara kamu akan dibiarkan hidup.