29 Hai orang Filistin, walaupun belantan yang memukul kamu telah dipatahkan, jangan kamu bersukacita kerana apabila seekor ular mati, seekor lagi yang lebih dahsyat akan muncul. Seekor naga bersayap akan menetas daripada telur ular.
30 TUHAN akan menggembalakan umat-Nya yang miskin dan membolehkan mereka hidup dengan aman, tetapi Dia akan mendatangkan kebuluran yang dahsyat kepada kamu, hai orang Filistin. Tiada seorang pun antara kamu akan dibiarkan hidup.
31 Berteriaklah dan berserulah meminta tolong, hai penduduk semua kota Filistin! Hendaklah kamu semua gementar ketakutan, kerana kepulan debu telah kelihatan di sebelah utara, menandakan kedatangan pasukan yang gagah perkasa; tiada pengecut dalam pasukan itu.
32 Jawapan apakah yang dapat kita berikan kepada utusan-utusan orang Filistin? Kita akan memberitahu mereka bahawa TUHAN telah membangunkan Sion, dan umat-Nya yang menderita akan mendapat perlindungan di situ.