2 Penduduk Dibon mendaki bukit untuk menangis di tempat penyembahan dewa. Penduduk Moab meratapi kota Nebo dan Medeba. Mereka telah mencukur rambut dan janggut sebagai tanda berduka.
3 Orang di jalan memakai kain guni. Di tanah lapang dan di bumbung rumah, orang meratap dan menangis.
4 Tangisan orang di Hesybon dan Eleale terdengar sampai ke Yahas. Bahkan askar-askar pun gementar; mereka hilang semangat.
5 Aku mengasihani Moab. Penduduknya sudah lari ke Zoar dan Eglat-Selisia. Ada yang mendaki jalan ke Luhit sambil menangis. Ada pula yang lari ke Horonaim sambil menjerit-jerit dengan sedih kerana ditimpa bencana.
6 Sungai Nimrim sudah kering. Rumput di tepinya sudah layu dan tidak ada lagi tumbuhan yang hijau.
7 Orang menyeberangi Sungai Haarabim untuk menyelamatkan diri dengan segala harta mereka.
8 Di serata perbatasan Moab kedengaran suara tangisan. Tangisan itu kedengaran juga di Eglaim dan Beer-Elim.