13 Bukan orang Asyur, melainkan orang Babilonia yang membiarkan binatang-binatang liar berkeliaran di Tirus. Orang Babilonia yang membina menara-menara untuk mengepung musuh; merekalah yang merobohkan kubu-kubu di Tirus, serta menjadikan kota itu reruntuhan.)
14 Merataplah, hai pelaut-pelaut yang belayar di laut! Kota yang kamu harapkan itu sudah musnah.
15 Masanya akan tiba apabila Tirus dilupakan selama tujuh puluh tahun, iaitu sepanjang usia seorang raja. Selepas itu, Tirus akan menjadi seperti seorang pelacur yang digambarkan oleh lagu berikut:
16 Bawalah kecapimu, kelilingilah kota,hai pelacur yang telah dilupakan orang!Petiklah kecapimu, bernyanyilah semula,supaya orang ingat akan kamu lagi!
17 Selepas tujuh puluh tahun itu, TUHAN akan membenarkan Tirus meneruskan perdagangannya dengan kerajaan-kerajaan di bumi ini semula.
18 Segala hasil perdagangan itu akan ditahbiskan untuk TUHAN. Wang daripada perdagangan itu tidak akan disimpan tetapi digunakan untuk membeli makanan dan pakaian yang diperlukan oleh orang yang menyembah TUHAN.