11 Orang berteriak-teriak di jalan kerana kehabisan wain. Kebahagiaan telah dihapuskan dari bumi selama-lamanya.
12 Kota telah musnah, dan pintu-pintu gerbangnya sudah roboh.
13 Itulah yang akan berlaku kepada tiap-tiap bangsa di seluruh dunia. Hal itu sama seperti akhir musim menuai, apabila buah zaitun habis diambil dan buah anggur habis dipetik.
14 Orang yang terselamat akan bernyanyi dengan sukacita. Orang di barat akan memberitakan keagungan TUHAN,
15 dan orang di timur akan memuji Dia. Penduduk di kawasan pantai akan memuji TUHAN, Allah Israel.
16 Dari negeri-negeri yang paling jauh, akan terdengar lagu pujian untuk Allah Yang Maha Adil.Tetapi bagiku sendiri tidak ada harapan! Aku merana! Para pengkhianat terus mengkhianati aku; muslihat mereka bertambah dahsyat.
17 Dengarlah, hai semua orang! Ketakutan, lubang, dan perangkap sedang menanti kamu.