1 Pada tahun keempat belas pemerintahan Hizkia raja Yehuda, kota-kota berkubu di Yehuda diserang dan ditawan oleh Raja Sanherib, raja Asyur.
2 Selepas itu Raja Sanherib mengarah ketua pegawainya berangkat dari Lakhis dan pergi ke Yerusalem bersama dengan satu pasukan tentera yang besar untuk memaksa Raja Hizkia menyerah diri. Pegawai itu mengambil tempat di jalan, tempat pembuat kain bekerja, dekat saluran yang menyalurkan air dari kolam di sebelah atas.
3 Tiga orang dari Yehuda datang menemuinya, iaitu Elyakim anak Hilkia, pengurus istana; Sebna, setiausaha istana; dan Yoah anak Asaf, setiausaha negara.
4 Pegawai Asyur itu berkata kepada mereka, “Sampaikanlah titah raja Asyur kepada Raja Hizkia, ‘Mengapa kamu begitu yakin?
5 Adakah kamu menyangka bahawa kata-kata dapat menggantikan kecekapan dan kekuatan tentera? Siapakah yang kamu harap untuk menolong kamu memberontak terhadap Asyur?