14 Baginda memberi kamu amaran supaya kamu tidak ditipu oleh Raja Hizkia. Raja Hizkia tidak dapat menyelamatkan kamu.
15 Jangan biar raja kamu menyuruh kamu berharap kepada TUHAN. Jangan sangka TUHAN akan menyelamatkan kamu, dan menghalangi angkatan tentera Asyur merebut kota kamu.
16 Jangan dengarkan Raja Hizkia. Raja Asyur memerintahkan kamu supaya keluar dari kota dan menyerah diri. Kamu semua akan dibenarkan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri, dan buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri,
17 sehingga raja Asyur memindahkan kamu ke negeri yang serupa dengan negeri kamu. Di sana ada banyak ladang anggur yang menghasilkan wain, dan banyak gandum untuk dibuat roti.
18 Jangan ditipu oleh Raja Hizkia. Jangan sangka TUHAN akan menyelamatkan kamu. Dewa-dewa bangsa manakah pernah menyelamatkan negerinya daripada raja Asyur?
19 Di manakah dewa-dewa negeri Hamat dan Arpad sekarang? Di manakah dewa-dewa negeri Sefarwaim? Pernahkah sesiapa menyelamatkan Samaria?
20 Dewa yang manakah pernah menyelamatkan negerinya daripada raja kami? Mengapakah kamu berfikir bahawa TUHAN dapat menyelamatkan Yerusalem?”