7 Pegawai Asyur itu meneruskan kata-katanya lagi, “Atau mungkin kamu berkata bahawa kamu berharap kepada TUHAN, Allah kamu. Pada waktu Raja Hizkia memerintahkan orang Yehuda dan Yerusalem supaya beribadat di satu mazbah sahaja, yang dimusnahkannya itu mazbah dan tempat-tempat penyembahan kepada TUHAN sendiri.
8 Aku akan bertaruh dengan kamu demi nama raja Asyur. Aku akan memberikan dua ribu ekor kuda kepada kamu jika kamu mempunyai orang sebanyak itu untuk menunggangi semua kuda itu!
9 Kamu tidak dapat melawan kami bahkan pegawai Asyur yang paling rendah, namun kamu mengharap orang Mesir menghantar kereta kuda dan pasukan berkuda kepada kamu.
10 Adakah kamu menyangka bahawa aku menyerang negeri kamu dan memusnahkannya tanpa pertolongan TUHAN? TUHAN sendiri menyuruh aku menyerangnya serta memusnahkannya.”
11 Kemudian Elyakim, Sebna, dan Yoah berkata kepada pegawai itu, “Tuan, bertuturlah kepada kami dalam bahasa Aram. Kami faham akan bahasa itu. Janganlah bertutur dalam bahasa Ibrani. Semua orang di atas tembok itu dapat memahaminya.”
12 Pegawai itu menjawab, “Adakah kamu menyangka bahawa raja Asyur menyuruh aku menyampaikan semua hal ini kepada kamu dan raja kamu sahaja? Tidak. Aku juga menyampaikan semua hal ini kepada orang yang duduk di atas tembok itu, kerana mereka pun mesti makan najis dan minum air kencing sendiri seperti kamu.”
13 Kemudian pegawai itu berdiri dan berseru dalam bahasa Ibrani, “Dengarlah titah raja Asyur kepada kamu!