1 Apabila mendengar laporan mereka, Raja Hizkia mengoyakkan pakaiannya kerana sedih. Baginda memakai kain guni lalu pergi ke Rumah TUHAN.
2 Baginda menyuruh Elyakim, pengurus istana, dan Sebna, setiausaha istana, serta imam-imam yang tua untuk menjumpai Nabi Yesaya anak Amos. Mereka juga memakai kain guni.
3 Raja Hizkia menyuruh mereka menyampaikan berita ini kepada Yesaya: “Hari ini hari penderitaan. Kita dihukum dan dipermalukan. Kita seperti perempuan yang hampir bersalin tetapi kehabisan tenaga.
4 Raja Asyur telah mengutus pegawai tertingginya untuk menghina Allah yang hidup. Semoga TUHAN, Allahmu mendengar hinaan itu dan menghukum mereka yang mengucapkannya. Oleh itu berdoalah kepada Allah untuk rakyat kita yang masih hidup.”
5 Apabila Yesaya menerima berita daripada Raja Hizkia,