Yesaya 37:24-30 BMDC

24 Engkau mengirim para utusan untuk membesar-besarkan dirimu di hadapan-Ku, bahawa dengan kereta kudamu engkau telah menaklukkan gunung-gunung tertinggi di Lebanon. Engkau bercakap besar bahawa engkau telah menebang pokok sedar yang tertinggi, dan pokok sipres yang terbaik, dan bahawa engkau telah menembusi hutan Lebanon yang paling lebat.

25 Engkau bercakap besar bahawa engkau menggali perigi dan minum air di negeri-negeri asing, dan bahawa tenteramu memijak-mijak Sungai Nil sehingga kering.

26 Belum pernahkah engkau mendengar bahawa Akulah yang merancangkan semua itu sejak dahulu? Sekarang Aku sudah melaksanakannya. Akulah yang memberi engkau kuasa untuk memusnahkan kota-kota berkubu sehingga menjadi puing-puing.

27 Penduduk di situ tidak berdaya; mereka ketakutan dan bingung. Mereka seperti rumput di padang, atau rumpai yang tumbuh di atas bumbung rumah, yang layu apabila ditiup oleh angin timur yang panas.

28 Tetapi Aku tahu akan segala halmu: segala perbuatanmu dan ke mana sahaja engkau pergi. Aku tahu bahawa engkau marah sekali terhadap Aku.

29 Aku telah mendengar tentang kemarahan dan kesombonganmu. Sekarang Aku akan memasang kait pada hidungmu, dan kekang pada mulutmu. Aku akan menarik engkau pulang melalui jalan yang engkau ikuti ketika datang.”

30 Kemudian Yesaya mengirim perkhabaran kepada Raja Hizkia, “Perkara ini akan menjadi suatu tanda bagi tuanku: Pada tahun ini dan tahun yang akan datang, tuanku akan makan gandum yang tumbuh sendiri. Tetapi pada tahun berikutnya, tanamlah gandum dan anggur, dan nikmatilah hasilnya.