6 TUHAN yang memerintah dan melindungi Israel,TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,“Akulah yang pertama dan yang terakhir, Allah satu-satunya;selain Aku, tiada yang lain.
7 Siapakah dapat melakukan apa yang telah Kubuat?Siapakah dapat meramalkan apa yang akan berlakusejak permulaan hingga akhir zaman?
8 Janganlah takut, hai umat-Ku!Kamu tahu bahawa sejak dahulu hingga sekarangAku telah bernubuat tentang segala yang akan berlaku;kamulah saksi-saksi-Ku.Selain Aku, tiada yang lain,dan tiada pelindung lain yang belum Aku ketahui.”
9 Semua orang yang membuat berhala tidak berguna, dan dewa-dewa yang dipuja mereka pun tidak berguna. Mereka yang menyembah dewa-dewa itu buta dan tidak tahu apa-apa; oleh itu mereka akan dipermalukan.
10 Sia-sia sahaja membuat patung daripada logam lalu menyembahnya sebagai dewa!
11 Tiap-tiap orang yang menyembah patung itu akan dipermalukan. Orang yang membuat berhala itu manusia belaka. Suruhlah mereka menghadap Aku; pasti mereka akan takut dan dipermalukan.
12 Tukang besi mengambil sekeping logam lalu membentuknya dengan menggunakan api dan pemukul. Dia mengerjakannya dengan sekuat tenaga. Sementara membentuk logam itu, dia merasa lapar, haus, dan penat.