6 Segala nubuat-Ku telah berlaku sekarang,kamu harus mengaku bahawa nubuat-Ku itu benar.Sekarang Aku bernubuat pula tentang hal-hal yang baru,rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.
7 Baru sekarang Aku melakukannya,belum pernah kamu mendengar hal itu,supaya kamu tidak dapat berkatabahawa kamu sudah mengetahui segala-galanya.
8 Aku tahu bahawa kamu tidak boleh dipercayai,kamu dikenal sebagai penderhaka.Itulah sebabnya kamu tidak mengetahuinya,dan tidak sepatah kata pun sampai ke telinga kamu.
9 Aku menahan kemurkaan-Ku,supaya orang memuji nama-Ku.Aku menahan kemarahan-Ku,supaya kamu tidak dibinasakan.
10 Aku telah menguji kamu dengan api kesengsaraan,seperti perak diuji di dalam relau.
11 Perbuatan-Ku ini bagi kepentingan-Ku sendiri,Aku tidak akan membiarkan nama-Ku dicemar,atau membahagi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun.”
12 TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai Israel,umat yang telah Kupanggil.Akulah Allah, satu-satunya Allah,yang pertama dan yang terakhir!