4 TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan,supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu.Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginankuuntuk mendengar ajaran-Nya bagiku.
5 TUHAN telah memberi aku pengertian,aku tidak memberontak atau berpaling daripada-Nya.
6 Aku memberikan belakangku kepada mereka yang memukul aku,dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku.Aku tidak memalingkan mukakuketika aku dihina dan diludahi.
7 Namun hinaan mereka tidak dapat menyakiti aku,kerana TUHAN Raja menolong aku.Aku menguatkan hatiku supaya tabah.Aku tahu aku tidak akan dipermalukan,
8 kerana Allah menyertai aku.Dia akan membuktikan bahawa aku tidak bersalah.Beranikah sesiapa menuduh aku?Marilah kita ke pengadilan.Biarlah dia mengajukan tuduhan.
9 TUHAN Raja sendiri membela aku;siapakah dapat mengatakan aku bersalah?Semua pendakwaku akan lenyap;mereka akan lenyap seperti kain usang dimakan gegat.
10 Hai kamu yang menghormati TUHANdan yang taat kepada kata-kata hamba-Nya.Perjalanan yang kamu tempuh mungkin gelap,tetapi percayalah kepada TUHAN,dan bersandarlah kepada Allah kamu.