1 TUHAN berfirman,“Dengarlah Aku, hai kamu yang mahu diselamatkan,kamu yang datang kepada-Ku minta pertolongan.Ingatlah akan bukit batu tempat kamu dipahat,dan kuari tempat kamu digali.
2 Ingatlah akan nenek moyang kamu, Abraham,dan Sara yang melahirkan kamu.Ketika Aku memanggil Abraham, dia tidak mempunyai anak,tetapi Aku memberkati dia dan memberi dia keturunan yang banyak.
3 Aku akan menghibur Yerusalem,dan semua orang yang tinggal di runtuhannya.Walaupun negeri itu padang gurun,Aku akan menjadikannya sebuah taman,seperti taman-Ku di Eden.Penduduknya akan bersukacita dan bersukaria,mereka akan beryanyi dan bersyukur kepada-Ku.
4 Dengarlah Aku, hai umat-Ku,dengarlah firman-Ku:Aku memberikan ajaran-Ku kepada bangsa-bangsa,dan hukum-Ku akan menerangi mereka.
5 Aku akan segera datang untuk menyelamatkan mereka;masa kemenangan-Ku hampir tiba.Aku sendiri akan memerintah bangsa-bangsa.Negeri-negeri yang jauh menanti-nantikan kedatangan-Ku;mereka mengharapkan Aku untuk menyelamatkan mereka.