1 Bangsa itu menjawab,“Siapakah yang percaya akan laporan kami?Kepada siapakah kuasa TUHAN dinyatakan?
2 TUHAN menghendaki hamba-Nya membesarseperti tunas yang tumbuh di tanah gersang.Rupanya tidak elok ataupun tampan,sehingga kita tidak tertarik kepadanya.Tiada apa-apa padanya yang menarik hati,yang membuat kita mengingini dia.
3 Kita menghina dan menolak dia,dia menderita kesengsaraan dan kesakitan.Tidak seorang pun hendak memandang dia;kita pun tidak mempedulikan dia.
4 Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya,penyakit kitalah yang dideritanya.Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya ituhukuman Allah baginya.
5 Tetapi dia dilukai kerana dosa kita,dia diseksa kerana perbuatan jahat kita.Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya,kita disembuhkan kerana luka-lukanya.