11 Jadi waspadalah, jangan bersungut-sungut kerana hal itu tidak ada gunanya. Jangan juga memfitnah oleh sebab percakapan rahsia mesti ada akibatnya dan engkau akan binasa kerana berdusta.
12 Jangan datangkan maut kerana kesalahanmu sendiri dan jangan binasakan diri kerana perbuatan jahat,
13 oleh sebab maut bukan ciptaan Allah, dan Dia tidak gembira kalau yang hidup binasa.
14 Dia menjadikan segalanya supaya tetap ada; semua ciptaan-Nya baik dan berguna. Racun yang mematikan tidak ada pada mereka; maut tidak berkuasa di dunia ini,
15 oleh sebab kebaikan itu kekal abadi.
16 Dengan perbuatan dan perkataan, orang jahat mendatangkan maut atas diri mereka. Mereka merindukannya seperti merindui sahabat. Mereka mengadakan perjanjian dengan maut, dan itulah yang patut diterima mereka.