3 Fikiran yang tidak lurus menjauhkan orang daripada Allah. Orang yang bodoh sehingga mencubai Dia akan dipermalukan oleh kekuasaan-Nya.
4 Kebijaksanaan tidak terdapat pada orang yang suka menipu atau dikuasai dosa.
5 Orang yang suci dan terdidik menjauhkan tipu daya dan fikiran bodoh. Dia tidak tahan apabila kejahatan muncul.
6 Kebijaksanaan ialah roh yang murah hati, tetapi ia tidak mengampuni orang yang mengutuk Allah, oleh sebab Allah tahu akan fikiran dan perasaannya yang paling dalam dan mendengar semua perkataannya.
7 Roh Tuhan memenuhi seluruh bumi. Dia menguasai segala-galanya dan mengetahui semua perkataan manusia.
8 Orang yang bercakap jahat tidak akan terlepas; suatu ketika dia akan menerima hukuman yang setimpal.
9 Rancangan orang jahat akan diselidiki dan perkataan mereka disampaikan kepada Tuhan, supaya mereka dihukum kerana pelanggaran mereka.