9 Rancangan orang jahat akan diselidiki dan perkataan mereka disampaikan kepada Tuhan, supaya mereka dihukum kerana pelanggaran mereka.
10 Hal itu demikian, kerana Allah yang cemburu mendengar segala sesuatu, malahan sungutan orang pun tidak tersembunyi.
11 Jadi waspadalah, jangan bersungut-sungut kerana hal itu tidak ada gunanya. Jangan juga memfitnah oleh sebab percakapan rahsia mesti ada akibatnya dan engkau akan binasa kerana berdusta.
12 Jangan datangkan maut kerana kesalahanmu sendiri dan jangan binasakan diri kerana perbuatan jahat,
13 oleh sebab maut bukan ciptaan Allah, dan Dia tidak gembira kalau yang hidup binasa.
14 Dia menjadikan segalanya supaya tetap ada; semua ciptaan-Nya baik dan berguna. Racun yang mematikan tidak ada pada mereka; maut tidak berkuasa di dunia ini,
15 oleh sebab kebaikan itu kekal abadi.