23 Kerana Engkau berkuasa terhadap segala sesuatu, maka semua orang Engkau kasihani. Engkau tidak memperhatikan dosa mereka dan Engkau memberi mereka masa untuk bertaubat.
24 Engkau mengasihi segala yang ada dan tidak membenci ciptaan-Mu sendiri. Sekiranya Engkau tidak menyukainya, pasti Engkau tidak menjadikannya.
25 Mustahil sesuatu tetap ada jika Engkau tidak menginginkannya. Tidak mungkin sesuatu dapat bertahan jika Engkau tidak menciptanya.
26 Segalanya Engkau pelihara, ya Tuhan, kerana semua itu milik-Mu dan Engkau menyayangi setiap makhluk hidup.