1 Sungguh bodohlah orang yang tidak mengenali Allah. Mereka melihat segala yang baik di sekitar mereka, tetapi tidak mampu mengenali Allah. Mereka mempelajari hasil ciptaan-Nya, tetapi tidak mengenali Pencipta.
2 Mereka menyangka dunia ini dikuasai oleh dewa-dewa berupa angin atau api, taufan atau air bergelora, bintang-bintang atau benda-benda penerang di angkasa.
3 Mereka sangat menyukai keindahannya, sehingga benda-benda itu dianggap oleh mereka sebagai Allah. Seharusnya mereka mengerti bahawa Penguasa semua itu jauh lebih mulia, oleh sebab Bapa segala keindahan itulah yang mencipta semuanya.
4 Mereka terpesona oleh kuasa dan daya kerja segala yang ada. Jadi seharusnya mereka menyedari bahawa Pencipta semua itu jauh lebih berkuasa.