12 Sisanya dijadikan kayu api untuk memasak makanan. Lalu dia makan sehingga kenyang.
13 Tetapi daripada sisa kayu diambilnya sepotong yang tidak berguna, mungkin yang bengkok dan banyak benjolnya. Dalam waktu lapangnya, dipahatnya kayu itu dengan saksama menjadi rupa manusia
14 atau seekor binatang yang hina. Patung itu diberi cat merah dan setiap noda yang ada padanya dilumasnya.
15 Lalu dibuatnya satu lekuk di dinding tempat patung itu dipakukan.
16 Dia menjaganya supaya tidak jatuh, oleh sebab dia tahu bahawa benda itu hanya patung berhala yang perlu ditolong kerana tidak dapat menolong dirinya sendiri.
17 Tetapi dia tidak malu berdoa kepada patung yang tidak bernyawa itu untuk perkahwinannya, anak-anaknya, dan miliknya. Kepada sebuah patung yang lemah, dia berdoa mohon kesihatan.
18 Kepada patung yang mati, dia minta kehidupan. Daripada patung yang tidak berdaya, dia mengharapkan bantuan, dan daripada benda yang tidak dapat berjalan, dia meminta perjalanan yang selamat.