14 atau seekor binatang yang hina. Patung itu diberi cat merah dan setiap noda yang ada padanya dilumasnya.
15 Lalu dibuatnya satu lekuk di dinding tempat patung itu dipakukan.
16 Dia menjaganya supaya tidak jatuh, oleh sebab dia tahu bahawa benda itu hanya patung berhala yang perlu ditolong kerana tidak dapat menolong dirinya sendiri.
17 Tetapi dia tidak malu berdoa kepada patung yang tidak bernyawa itu untuk perkahwinannya, anak-anaknya, dan miliknya. Kepada sebuah patung yang lemah, dia berdoa mohon kesihatan.
18 Kepada patung yang mati, dia minta kehidupan. Daripada patung yang tidak berdaya, dia mengharapkan bantuan, dan daripada benda yang tidak dapat berjalan, dia meminta perjalanan yang selamat.
19 Tangan patung itu tidak berdaya, tetapi dia meminta bantuannya supaya berhasil dalam usahanya untuk mencari wang, dan juga dalam pekerjaannya.