4 Mereka terpesona oleh kuasa dan daya kerja segala yang ada. Jadi seharusnya mereka menyedari bahawa Pencipta semua itu jauh lebih berkuasa.
5 Dengan membandingkan kebesaran dan keindahan segala ciptaan, orang dapat mengenali Pencipta semuanya.
6 Tetapi mereka tidak begitu bersalah. Mereka barangkali tersesat sementara berusaha untuk mencari Allah.
7 Mereka terus mempelajari karya Allah di sekeliling mereka dan sangat terpikat oleh apa yang dilihat oleh mereka, kerana memang indahlah semua itu.
8 Tetapi walaupun begitu mereka tidak dapat dimaafkan,
9 kerana kalau mereka mampu mempelajari sebanyak itu dan dapat menyelidiki alam semesta, seharusnya mereka segera menemui Penguasa semuanya.
10 Tetapi celakalah orang yang menaruh harapan pada benda-benda mati dan yang menyembah benda-benda buatan manusia, karya seni berupa binatang daripada perak atau emas, atau daripada batu tidak berguna yang dipahat pada zaman kuno.