8 Tetapi walaupun begitu mereka tidak dapat dimaafkan,
9 kerana kalau mereka mampu mempelajari sebanyak itu dan dapat menyelidiki alam semesta, seharusnya mereka segera menemui Penguasa semuanya.
10 Tetapi celakalah orang yang menaruh harapan pada benda-benda mati dan yang menyembah benda-benda buatan manusia, karya seni berupa binatang daripada perak atau emas, atau daripada batu tidak berguna yang dipahat pada zaman kuno.
11 Boleh jadi seorang tukang kayu yang mahir menggergaji sebatang pokok yang mudah dikerjakan. Dia mengulitinya dengan teliti lalu mengerjakannya sebagaimana mestinya dan membentuknya menjadi perkakas yang bermanfaat.
12 Sisanya dijadikan kayu api untuk memasak makanan. Lalu dia makan sehingga kenyang.
13 Tetapi daripada sisa kayu diambilnya sepotong yang tidak berguna, mungkin yang bengkok dan banyak benjolnya. Dalam waktu lapangnya, dipahatnya kayu itu dengan saksama menjadi rupa manusia
14 atau seekor binatang yang hina. Patung itu diberi cat merah dan setiap noda yang ada padanya dilumasnya.