24 Engkau Pencipta alam semesta dan semuanya takluk kepada-Mu. Seluruh ciptaan-Mu mengerahkan tenaga untuk menghukum orang jahat, tetapi menahan diri dan berbuat baik kepada orang yang percaya kepada-Mu.
25 Dengan demikian ciptaan-Mu selalu menyesuaikan diri untuk menunjukkan bagaimana Engkau dengan murah hati memelihara semua orang menurut keinginan dan keperluan mereka.
26 Hal itu Kaulakukan, ya Tuhan, supaya orang yang Kaukasihi menyedari bahawa mereka hidup tidak hanya daripada hasil ladang mereka. Firman-Mu itulah yang memelihara orang yang percaya kepada-Mu.
27 Makanan yang tidak dapat dihancurkan oleh api meleleh begitu sahaja kalau kena sinar matahari yang mula-mula.
28 Maksudnya supaya kami sedar bahawa kami harus bangun pagi-pagi sebelum matahari terbit untuk berdoa dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada-Mu.
29 Hal itu demikian, kerana harapan orang yang tidak tahu berterima kasih segera hilang seperti embun beku yang mencair dan air yang terbuang.