3 Lalu mereka akan menyesali perbuatan mereka dan sambil mengeluh kerana cemas, mereka berkata sesama sendiri,
4 “Dialah orang yang dahulu kita tertawakan dan kita jadikan bahan ejekan. Kita ini orang bodoh kerana menganggap cara hidupnya seperti orang gila dan kematiannya tidak terhormat.
5 Sekarang dia termasuk golongan anak-anak Allah dan tempatnya di kalangan orang suci.
6 Jadi kitalah yang tersesat daripada jalan yang benar. Kita tidak disinari terang kebenaran dan tidak pernah menangkap cahayanya.
7 Seumur hidup, kita menempuh jalan-jalan dosa yang menuju ke arah kebinasaan. Kita melintasi padang gurun yang tidak ada jalannya. Jalan-jalan Tuhan tidak kita kenal.
8 Kita membanggakan diri kita dan bercakap tentang kekayaan kita. Tetapi sekarang apa gunanya itu bagi kita?
9 Semuanya itu hilang seperti bayangan, seperti khabar yang hanya sepintas lalu.